Monday 2 April 2012

Entri 21 : WARISAN MELAYU KITA

Peribahasa
          Peribahasa merupakan penyeri  bahasa dan memberikan nafas baru kepada bahasa sebagai alat perhubungan yang dinamis. Wan Abdullah Ali ( 1957 : 2 ) mendefinisikan peribahasa sebagai satu rangkaian atau ikatan perkataan yang menjadi susunan kata yang pendek, mengandungi segala maksud dan tujuan orang yang bercakap itu dengan luas.                 
           Contoh peribahasa ialah “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Secara tersirat peribahasa ini merupakan kiasan yang mengandungi kata-kata sindiran yang bermaksud memberikan perangsang kepada orang-orang yang lemah, tetapi ingin mengerjakan sesuatu yang merbahaya.

2)      Simpulan Bahasa
           Simpulan bahasa ialah ungkapan perkataan yang bersimpul dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asalnya. Abdullah Hassan ( 1986 ) mendefinisikan simpulan bahasa sebagai ungkapan yang terjadi dalam rentetan yang sesuai dengan pola frasa bahasa Melayu. Contoh simpulan bahasa ialah “kepala dua yang membawa maksud tidak berpendirian tetap.

3)      Perumpamaan
          Abdullah Yusof et.al. ( 2009 : 119 ) mendifinisikan perumpamaan sebagai  peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Peribahasa yang seperti ini menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara yang sebanding dengannya. Contoh perumpamaan ialah “ Bagai tikus jatuh ke beras yang membawa maksud seseorang yang mendiamkan diri apabila sampai ke tempat yang dicari atau mendapat sesuatu yang dikehendaki.

4)      Pepatah
           Abdullah Yusof et.al. ( 2009 : 133 ) mendifinisikan pepatah sebagai  salah satu daripada jenis peribahas yang mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. Pepatah ini biasanya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Contoh pepatah ialah “ Acang-acang dalam negeri” yang bermaksud orang yang mendapat kepercayaan daripada penduduk setempat kerana kejujurannya.

5)      Bidalan
                Rubiah Aksah ( 2005 : 222 ) mendefinisikan bidalan sebagai sebahagian daripada peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat, peringatan dan sebagainya kepada masyarakat di samping mempunyai ilmu, nilai dan pengajaran yang sangat berguna. Contoh bidalan ialah “Berjalan peliharalah kaki, berkata peliharalah lidah” yang bermaksud seseorang itu perlu berfikir dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang dilakukannya.

6)      Kata-kata Pujangga
            Kata-kata Pujangga ialah Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Kata-kata Pujangga juga dikenali sebagai Lidah pendeta. Kata-kata Pujangga mengandungi  ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan.
           Maknanya mudah difahami, tetapi jika direnung maknanaya kita akan melihat maknanya dengan lebih luas lagi. Menurut Za’ba (1965) lidah pendeta tidak terkenal dan terpakai oleh orang ramai. Lazimnya lidah pendeta dipetik daripada buku dan sastera atau daripada percakapan orang yang bijak pandai. Contohnya :
Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata
(Hussein Onn, Seribu Satu Malam )

7)      Hadis Melayu
            
          Hadis Melayu’ pula merupakan   perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ia adalah ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk kepada naskhah asal bahasa Arabnya. Dalam konteks masyarakat Malaysia, ia memang mempunyai pengikut dan semakin sebati tetapi orang tidak menyedari kesan buruknya.
           Walhal ia ibarat barah yang jika dibiarkan akan membahayakan umat Islam. Ada beberapa contoh ‘hadis Melayu’ seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat.
         Begitu juga dengan ungkapan ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’, ‘cintakan negara adalah sebahagian daripada iman’, ‘kemiskinan itu menghampiri kekufuran’ dan kata-kata sahabat bukan sabda Nabi iaitu ‘bekerjalah kamu seolah-olah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’.

8)      Perbilangan
                 Nor Hashimah Jalaluddin (1992:26) mendefinisikan perbilangan sebagai  susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan berasal daripada adat resam Melayu. Berfungsi sebagai pedoman  dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.
            Perbilangan kebiasaannya dikaitkan dengan perbilangan adat yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau, Negeri Sembilan. Perbilangan adat atau kata-kata adat juga dikenali sebagai teromba. Menurut Wilkinson, teromba bermaksud salasilah seseorang, suatu kumpulan masyarakat, suatu bangsa satu sistem dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989:424).Contoh Adat bersendi hukum, Hukum bersendi Kitabullah,Kuat adat, tak gaduhkan hukum, Kuat hukum, tak gaduhkan adat, Ikut hukum, muafakat, Ikut adat muafakat.
9)       
      Gurindam 
            Menurut Za'ba (1962 ) di dalam karyanya Ilmu mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran sebagai hiburan dalam kalangan masyarakat. Perkataan dalam gurindam banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik. Isi dan maksud gurindam disampaikan secara terus seperti syair. Contoh gurindam puisi dimulakan oleh : Raja Ali Haji dalam karyanya “Gurindam Dua Belas”,1846.
10
            Seloka
              Nor Hashimah Jalaluddin (1992:29) mendefinisikan Seloka sebagai puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Contohnya:
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk 
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh 
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
             Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.
11
             Tamsil Ibarat
            Mansoer Pateda, ( 2001:54 ) mendefinisikan  Tamsil dan Ibarat sebagai ungkapan yang memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak dan dibandingkan  sedangkan ibarat tidak.Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Sekeras-keras hati orang apabila dipujuk akhirnya akan lembut juga.                                                                   

No comments:

Post a Comment