Friday, 30 March 2012

Entri 20 : Hormatilah Pensyarah kita.

             Seorang wanita sepatutnya menunjukkan kesopanan dalam semua aspek kehidupannya. Hal ini kerana, keperibadian seorang wanita itu terserlah melalui setiap pergerakan, tingkah laku dan pertuturannya. Tetapi jika kita menilai hanya dari satu aspek itu sahaja belum tentunya wanita itu telah memenuhi ciri-ciri  nilai keperibadian yang tinggi.
Saya teringat petang tadi sewaktu kuliah bersama seorang pensyarah lelaki, teguran oleh pensyarah tersebut terhadap seorang pelajarnya  telah saya dengar pada hari rabu yang lepas semasa kuliah Sosiolinguisik. Pensyarah tersebut tidak berasa selesa ketika seorang pelajar perempuan makan ketika beliau memberikan kuliah. Beliau memberikan nasihat kepada pelajar terbabit agar tidak mengulangi perbuatannya kerana ianya boleh menimbulkan sakit hati kepada beliau  kerana pensyarah beranggapan bahawa pelajar tersebut mengabaikan kesantunan perbuatan ketika beliau sedang memberikan kuliah.
Jika dilihat berdasarkan perbincangan di atas pelajar perempuan itu telah mengabaikan kesantuanan dalam perbuatannya. Dia sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya pada kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Perbuatan makan di hadapan pensyarah seolah-oleh menunjukkan bahawa pelajar tersebut tidak menghormati pensyarah tersebut sebagai gurunya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa pelajar tersebut telah mengabaikan nilai kesantunan dalam perbuatannya hingga menyebabkan pensyarah tersinggung. Jadi kepada pelajar di luar sana bersopanlah ketika mendengar kuliah dan di mana sahaja anda berada. “Budi Bahasa Budaya Kita”.
                              

No comments:

Post a Comment