Friday 27 April 2012

ENTRI 35 : Dialek Perak


Saya berasal daripada Kampung Pasir Kubu, Batu Gajah,Perak dan kini menetap di Kuala Kangsar, Perak. Saya merupakan anak jati Perak dan tempat kelahiran saya merupakan tempat yang menguasasi dialek Perak yang sangat pekat. Tetapi sangat hairan kerana jika ditanya kepada saya mengenai dialek Perak yang sebenar dan diminta untuk memberikan contoh, saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Sebaliknya, saya terpaksa merujuk laman sesawang untuk mencari contoh perkataan dalam dialek Perak. Hal ini mungkin terjadi kerana saya merupakan generasi baru yang makin terpisah dengan dialek negeri sendiri. Saya meminta nenek saya untuk memberikan beberapa perkataan dalam dialek Perak dan saya cuba meneka maksud perkataan tersebut, tetapi saya gagal. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa perkataan dalam dialek Perak yang telah saya pelajari daripada nenek saya dan saya anggap sebagai kejayaan saya dalam menyelongkar dialek Perak secara perlahan-lahan. Antaranya ialah :

Dialek Perak                                       Bahasa Baku
Tak Mandang                                       Tiada Langsung
Ngando                                                Memikul
Bahcikε                                                Makan ( negatif )
Boh                                                      Banjir
Labang                                                 Pekak
Joren/Meronyam                                  Gatal/miang
Ingkε                                                    Seronok Melampau
Nyongket                                             Bertandang
Idok Sio                                               Tidak mahu
Idok                                                     Tidak

Selamat belajar dialek Perak….