Rasa ingin tahu mula membuak-buak dalam diri saya selepas saya tidak dapat menjawab pertanyaan sahabat saya tentang Makna stilistik . Balik daripada kampus saya terus membuka buku dan laman sesawang. Banyak maklumat yang telah saya peroleh dan akan saya kongsikan kepada rakan-rakan semua dalam blog ini.
Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku.Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku (RobertSibarani et.al., 2003).
Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia dituturkan.Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada yangdituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga, jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya).
Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini:
Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!-
Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh :
“Rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”
Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi.
No comments:
Post a Comment