Wednesday 4 April 2012

Entri 23 : Amalkan Kesantunan dalam Berbahasa

              Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Berkomunikasi jenis ini banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain sama ada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Perhubungan antara kita dengan orang lain itu melalui proses komunikasi secara verbal. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. 

Semasa Menjawab Telefon 
Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat ganggang telefon.Contohnya:
(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor Pejabat Agama Kuala Kangsar,.Puan Aida bercakap. Boleh saya bantu?
(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Pemulihan Akhlak,Kuala Kangsar. Puan Latifah bercakap. Boleh saya bantu?
(c) Hello ... Selamat Petang, Unit MPKK. Puan Gauthry pegawai bertugas sedia membantu

Kesantunan Bahasa Di  Pintu Masuk
Imej sesebuah organisasi bermula dari  pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah  mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh:
 (a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?
(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.
(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk.
(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan.Selamat jalan..

Kesantunan  Bahasa  Di  Tempat  Letak  Kereta
(a) Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.
(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.
(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkanmasuk       
       
Kesantunan  Bahasa  Di  Kaunter
Bahagian di hadapan  kaunter  adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yangbersantun. Contoh:
 Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu?
Terima kasih, jumpa lagi.
                                    

No comments:

Post a Comment