Saya berasal daripada Kampung
Pasir Kubu, Batu Gajah,Perak dan kini menetap di Kuala Kangsar, Perak. Saya merupakan
anak jati Perak dan tempat kelahiran saya merupakan tempat yang menguasasi
dialek Perak yang sangat pekat. Tetapi sangat hairan kerana jika ditanya kepada
saya mengenai dialek Perak yang sebenar dan diminta untuk memberikan contoh,
saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Sebaliknya, saya terpaksa
merujuk laman sesawang untuk mencari contoh perkataan dalam dialek Perak. Hal
ini mungkin terjadi kerana saya merupakan generasi baru yang makin terpisah
dengan dialek negeri sendiri. Saya meminta nenek saya untuk memberikan beberapa
perkataan dalam dialek Perak dan saya cuba meneka maksud perkataan tersebut,
tetapi saya gagal. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa perkataan dalam
dialek Perak yang telah saya pelajari daripada nenek saya dan saya anggap
sebagai kejayaan saya dalam menyelongkar dialek Perak secara perlahan-lahan.
Antaranya ialah :
Dialek
Perak Bahasa
Baku
Tak Mandang Tiada
Langsung
Ngando Memikul
Bahcikε Makan ( negatif )
Boh Banjir
Labang Pekak
Joren/Meronyam Gatal/miang
Ingkε Seronok Melampau
Nyongket Bertandang
Idok Sio Tidak
mahu
Idok Tidak
Selamat
belajar dialek Perak….
No comments:
Post a Comment