Apabila Persekutuan Tanah Melayu
merdeka pada tahun 1957, ada beberapa langkah yang dilakukan bagi membina
bangsanya. Pertama, para pemimpin Persekutuan TanahMelayu memilih bahasa Melayu
menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. Persekutuan
Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysiaselepas 1963. Mengangkat bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan. Ini adalah langkah yang dikenali sebagai perancangan
taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan martabat baru.Sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus. Fungsi tersebut ialah bahasa Melayu
dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan sebagai bahasa penghantar
pendidikan. Inilah dasar yang membolehkan, buat pertama kalinya, pelajar Melayu
dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri. Dasar ini dibentuk
oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu, Tun Abdul Razak
Hussein, pada zaman penjajahan Inggeris, pendidikan menengah dan tingginya
dalam bahasa Ingerís.
Pada masa itu hanya 10% anak-anak
Melayu yang mendapat pendidikan sekolah menengah, dan tidak pun sampai ke
universiti setiap tahun. Itupun dalam bidang sastera. Bilangan pelajar Melayu
yang sampai ke universiti dalam bidang sains boleh dikira dengan jari. Bahasa
Melayu telah mendemokrasikan pendidikan. Pendidikan sampai kepada semua
lapisan rakyat. Itulah sumbangan terbesar Tun Abdul Razak Hussein kepada
bangsa Melayu. Anak-anak Melayu dari luar mula menjadi doktor, jurutera, ahli
sains dan lain-lain. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan memang tidak dapat dinafikan. Namun dasar ini berubah kembali
kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik pada
tahun 2003. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar menguasai
bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Dasar ini dijangka akan membawa
penduduk luar bandar, estet, dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan
sebelum merdeka.
Mereka tidak akan mampu belajar
bahasa Inggeris dengan baik, dan sekali gus tersisih daripada pendidikan.
Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan
Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan
Penulis Nasional (GAPENA,) Akademi Sains Malaysia(ASASI), dan lain-lain.Mereka
menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa Melayu
sebab dasar ini terbukti berjaya. Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali
tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. Cuma mestilah bahasa Inggeris
diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja, dan sekiranya perlu diberi
penekananyang lebih kuat. Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah.
Martabatkan bahasa Melayu demi menjaga maruah bangsa kita sendiri.
“Hujan Emas di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri”
“Bangun
kerana bahasa, berdiri kerana bangsa”
No comments:
Post a Comment