Wednesday, 25 April 2012

Entri 33 : Bahasa Terbalik


“Lain kali, makan lagi banyak jeruk mangga tu” kata Zaida kepadaku setelah aku mengadu sakit perut semasa makan jeruk mangga yang dibeli di pasar malam semalam.
Aku tersenyum sendirian kerana Zaida telah menggunakan bahasa ( terbalik ). Dia tidak mahu memarahi aku secara terus kerana tidak mahu aku berkecil hati. Oleh itu, dia menggunakan bahasa terbalik bagi menyampaikan maksudnya. Bahasa terbalik menggunakan perkataan berakas ( terbalik )  daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Aku faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh Zaidar yang marah kepadaku kerana membeli dan makan jeruk tersebut sehingga menyebabkan aku sakit perut. Tindakan yang diambil oleh Zaidar dengan menggunakan bahasa terbalik untuk menyedarkan aku sangat tepat kerana aku tidak akan membeli dan makan jeruk lagi selepas ini. 
                               

No comments:

Post a Comment