Tertarik saya semasa membaca mesej-mesej yang terkandung dalam muka buku ( facebook ) malam ini. Ramai sahabat saya yang telah mendapat pengesahan berpraktikum di sekolah yang telah dipilih oleh mereka. Tahniah saya ucapkan, tetapi dalam kesibukan saya mengintai ruangan muka buku, tiba-tiba saya tersenyum sendirian melihat gambar yang dihantar oleh rakan muka buku yang mempertikaikan kesalahan individu dalam mengeja satu perkataan yang jika ditanya kepada pelajar tahun satu, mereka pasti dapat mengejanya dengan betul.
"Udang Hidut" yang sepatutnya dieja sebagai "Udang Hidup" menimbulkan rasa hairan kepada saya. Siapa yang menulis papan tanda ini dan kenapa harus berlaku kesalahan ejaan sedangkan perkataan "hidup" terpampang di mana-mana sahaja. Jika tidak tahu mengeja, rujuk sahaja di bahan bacaan atau media massa, tentu sahaja perkataan "hidup" akan kelihatan. Saya berpendapat, individu yang menulis papan tanda ini mungkin menulis sesuatu perkataan berdasarkan sebutan yang dilafazkannya. Mungkin dia menyebut "hidup" sebagai "hidut" ataupun dia mempunyai masalah dalam mengeja. Oleh itu, jadikan bahan ini sebagai pengajaran, kerana kita perlu mengelakkan perkara di atas kerana ianya boleh mengelirukan kanak-kanak yang baru belajar mengeja.
No comments:
Post a Comment