Monday, 23 April 2012

Entri 31: Berikan Kerjasama Kepada Semua


Pada hari rabu yang lalu di dalam kelas Sosiolinguistik tiada kuliah daripada Puan Husna kerana setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil drama pendek berkaitan kesantunan dan ketidaksantunan berbahasa yang telah dilakonkan oleh mereka sendiri.  Majoriti kumpulan memilih atau menghasilkan drama berkaitan ketidaksantunan berbahasa. Pelbagai situasi dalam drama dipersembahkan dan saya terhibur dengan persembahan daripada mereka. Saya sangat terhibur dan bersetuju dengan ketidaksantunan berbahasa yang dipaparkan dalam drama pendek kumpulan Sofuan Saadun. 
Salah satu ketidaksantunan berbahasa yang sering dilakukan oleh peserta majlis yang tidak menetapkan telefon mereka dalam keadaan mod senyap. Hal ini akan mengganggu suasana majlis sekiranya bunyi telefon kedengaran secara tiba-tiba dan individu tersebut menjawab panggilan tersebut dengan nada yang kuat tanpa menghiraukan orang lain. Oleh itu, kita sepatutnya lebih menghormati majlis yang kita hadiri dengan memberikan kerjasama yang baik agar kita tidak merosakkan majlis tersebut dengan menimbulkan suasana yang negatif. Budaya kita melambangkan jati diri bangsa kita, jangan dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    

No comments:

Post a Comment