Bahasa rahsia digunakan oleh
pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk perisikan, pengedaran dadah dan
sebagainya. Bahasa ini sengaja diwujudkan supaya dengan cara ini mereka mampu
menyimpan rahsia penting mereka. Bahasa rahsia merupakan salah satu bahasa yang
digunakan oleh pihak tertentu dan tidak diketahui maksudnya oleh pihak lain
kecuali dalam kalangan anggotanya sendiri. Bahasa rahsia banyak digunakan oleh
pihak tentera supaya apa sahaja perkara yang diperkatakan tidak diketahui oleh
pihak musuh. Hal ini kerana setiap perkara yang akan dibuat menjadi rahsia
negara.
Berdasarkan pengalaman saya dalam
bidang ketenteraan ini, bahasa rahsia yang akan digunakan dikeluarkan oleh
pihak atasan supaya setiap perkara yang berlaku sewaktu peperangan dilaporkan
dengan menggunakan bahasa rahsia yang dikeluar tersebut. Bahasa rahsia yang
dikeluarkan hanya akan diketahui oleh anggotanya sahaja supaya apa-apa perkara
yang dilaporkan tidak akan diketahui pihak musuh. Sebagai contoh, jika anggota
diserang oleh pihak musuh, semboyan akan melaporkan kepada pihak atasan dengan
menggunakan bahasa rahsia yang telah diberikan. Begitu juga jika terjadi
perkara-perkara lain dan setiap perkara mempunyai bahasa rahsianya sendiri.
Selain itu, pihak tentera juga akan menggunakan bahasa tertentu untuk memastikan
sama ada seseorang itu pihak musuh atau anggota sendiri.
No comments:
Post a Comment