Friday, 20 April 2012

ENTRI 30 : SESUAIKAN PEMAKAIAN KITA MENGIKUT SITUASI MAJLIS



          Semalam saya telah menghadiri kenduri tahlil yang diadakan di rumah sahabat saya. Suasana sedih masih menyelubungi keluarga sahabat saya itu kerana mereka baru sahaja kehilangan orang tersayang. Seperti biasa saya akan berpakaian sopan dengan mengenakan baju kurung berwarna gelap kerana warna gelap melambangkan kesedihan dan saya ingin menghormati keluarga sahabat saya di atas kesedihan yang sedang mereka tanggung. Oleh itu, saya tidak mengenakan baju kurung berwarna terang kerana ianya boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada orang yang melihat saya seolah-olah saya mahu menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya.
           Saya begitu menjaga dan menitikberatkan soal pemilihan pakaian untuk ke rumahnya. Tetapi semasa saya sedang menyediakan hidangan untuk tetamu, tiba-tiba saya terpandang seorang remaja perempuan yang bertudung tetapi berseluar dan berbaju ketat mengangkat dulang makanan ke ruang tamu. Terkejut saya melihat pemakaian remaja tersebut. Hal ini kerana ssepatutnya remaja tersebut tidak berpakaian seperti itu kerana dia hadir ke kenduri tahlil. Selain itu, dia juga patut tahu pakaian yang sesuai ketka menghadiri sesuatu majlis seperti kenduri.
            Sepatutnya kita sebagai orang Melayu terutamanya beragama Islam tahu tentang adab-adab berpakaian yang sesuai. Kita perlu melihat kepada situasi dan jenis majlis agar pemakaian kita tidak menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat di sekeliling kita. Oleh itu, diharapkan kita semua dapat menyesuaikan pakaian kita mengikut situasi majlis.
                                                               

No comments:

Post a Comment