Kadang-kadang bila kita mendengar orang lain menggunakan sapaan yang agak kasar, saya akan berasa tidak selesa. Tetapi rupa-rupanya tanpa disedari selama ini saya juga turut menggunakan kata-kata yang kasar apabila berbicara dengan sahabat-sahabat saya.Saya tertarik untuk menghuraikan pengaruh budaya dalam pertuturan seharian, secara spesifiknya kepada cara saya ketika menyapa atau mengajak sahabat saya untuk pergi makan.
Pastinya dalam pergaulan seharian biasanya bahasa yang digunakan tidaklah gramatis atau mengikut segala peraturan yang tercatat dalam kitab-kitab tatabahasa Melayu namun cukuplah sekadar sapaan itu bersifat mesra dan mudah difahami sesama sendiri serta mengikut kesesuaian masa dan ukuran usia.
Berikut merupakan beberapa sapaan yang sempat saya sering gunakan dan saya catatkan di sini;
"Woi, dah makan?"
"Makan bro!"
"Jom melantak dulu."
"Makan sudah lol?"
"Tak nak soru dulu ke?"
"Makan belum?"
Jika dilihat ayat-ayat yang saya gunakan di atas tidaklah gramatis bahasanya. Berlaku pelbagai pengguguran kata serta mungkin agak kasar bunyinya. Selain itu istilah-istillah dalam bahasa slanga juga kerap digunakan. Akan tetapi, tujuan dan maknanya hanya satu, iaitu untuk mengajak seseorang untuk menjamu selera. Mungkin dalam bahasa formal dan betul sepatutnya berbunyi begini;
"Awak sudah makan atau belum? Sudikah awak untuk makan bersama kami?"
Namun sesiapa yang bertutur seperti begitu pasti akan diketawakan. Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa dalam pertuturan makna lebih penting mengatasi peranan kegramatisan bahasa dari sudut morfologi dan sintaksis. Penggunaan bahasa yang bersifat slanga ini haruslah bersesuaian dengan lingkungan umur dan budaya penuturnya. Jika tidak kita mungkin akan dilabel sebagai kurang ajar dan sebagainya
No comments:
Post a Comment