Thursday, 22 March 2012

Entri 14 : Bahasa Rahsia

           Teringat semasa  saya berumur 11 tahun, saya mula belajar bahasa rahsia yang boleh  dianggap bahasa yang paling hebat dan membuatkan saya berasa megah dalam kalangan rakan-rakan yang tidak tahu bahasa yang saya gunakan. Bahasa rahsia ini hanya diketahui oleh rakan-rakan saya yang rapat sahaja. Kami menggunakan kesempatan ini untuk mengata atau mengutuk kawan-kawan yang membuat salah dengan kami.
      Bahasa rahsia juga saya gunakan semasa saya berada di rumah apabila kawan-kawan mengajak saya keluar untuk bermain. Bahasa rahsia yang saya gunakan ketika itu sangat penting supaya ibu tidak tahu saya keluar untuk bermain dengan kawan-kawan.  Bila difikirkan terasa sangat lucu kerana bahasa itu saya rasakan seperti sangat tidak masuk akal.
        Bahasa rahsia yang dulunya sangat rahsia bagi saya dan sahabat, tetapi kini bukan lagi rahsia kerana semua orang sudah mengetahui tentangnya. Berikut saya selitkan bahasa rahsia yang saya sering gunakan semasa zaman kanak-kanak dulu :

     “Amakumu hemendakmak mamainmin jumugakmak. Kamamumu jamanganman bamagimitamahumu ememakmak amakumu. Kamalaumau timidakmak amakumu takmaknakmak kamawanman demenganman kamamumu.”

“Aku hendak main juga. Kamu jangan bagitahu emak aku. Kalau tidak aku taknak kawan dengan kamu”
          
          Jika dilihat bahasa rahsia di atas sangat unik dan menarik. Biarpun bahasa ini tidak diktiraf oleh mana-mana pihak namun, saya sangat suka menggunakannya kerana bahasa ini boleh dijadikan sebagai medium komunikasi yang menarik dan membuatkan kita selalu berfikir dengan pantas untuk menuturkannya supaya tidak berlaku kesilapan. Selain itu, dengan adanya bahasa rahsia ini, kita mampu mengungkapkan perkara peribadi kita tanpa diketahui oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment