Sebagai bakal pendidik anak bangsa satu hari nanti, saya mula membiasakan diri untuk menggunakan sistem bahasa yang tepat dalam pertuturan harian saya. Setiap bicara yang saya tuturkan perlu mengandungi makna yang tepat dengan apa yang hendak saya sampaikan. Selain itu, saya juga turut menggunakan bahasa pemanis atau halus untuk menyembunyikan bahasa yang kurang sedap didengar untuk disampaikan.
Bahasa kiasan pemanis sangat penting digunakan demi menjaga budi bahasa kita dalam menyampaikan sesuatu yang kasar kepada yang lebih halus. Hal ini sangat penting supaya kita dapat memperlihatkan kesopanan kita dalam berbahasa. Contoh perbualan yang tidak menggunakan kiasan pemanis :
Situasi 1 di dalam kelas :
Cikgu : Pelajar buat latihan ini sehingga soalan 8 dan hantar hari ini juga.
Pelajar : Cikgu, saya mahu ke tandas perut saya sakit nak berak.
Situasi dia atas menunjukkan pelajar tersebut menggunakan kata “berak” sewaktu bercakap dengan gurunya. Sepatutnya perkataan yang lebih sesuai digunakan ketika berada di kawasan atau situasi yang dianggap rasmi, pelajar tersebut perlu menggunakan kiasan pemanis. Kiasan pemanis yang lebih sesuai digunakan untuk menggantikan kata “berak” ialah “buang ais besar”.
Situasi 2 di kedai bunga :
Minah : Milah, engkau beli apa dah lama aku tak nampak . Sihat ke?
Milah : Sihat Minah. Aku nak beli pasu bunga ni nak tanam bunga.
Minah : Milah, perut engkau buncit je aku tengok, engkau bunting ke?
Minah : Yela Minah, dah 5 bulan aku mengandung.
Situasi di atas turut mengandungi kata yang tidak sesuai dan dianggap kasar dan tidak sepatutnya digunakan. Kata ‘bunting’ kebiasaannya hanya digunakan untuk binatang dan tidak sesuai ditujukan kepada manusia. Kata ‘bunting’ sepatutnya digantikan dengan kiasan pemanis seperti ‘berbadan dua’ supaya kata tersebut sedap didengar dan tidak dianggap kasar.
Sebagai kesimpulan, kiasan pemanis sangat sesuai digunakan bagi melembutkan kata yang jika diucapkan secara terus boleh dianggap sebagai kurang sopan. Oleh itu, kita perlu membiasakan diri dalam menggunakan kiasan pemanis dalam pertuturan seharian supaya kita dapat menjaga kesopanan kita dalam berbahasa.
No comments:
Post a Comment