Kali ini saya akan membicarakan tentang bahasa baku. Kenapa saya memilih perkara ini untuk dibicarakan adalah kerana ramai yang tidak mengetahui apa itu bahasa baku? Hal ini dapat saya buktikan setelah saya menanyakan kepada beberapa orang sahabat tentang apa itu bahasa bakau? Rata-rata mereka menjawab tidak tahu. Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas perbandingan” .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.
Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku. Bahasa baku berfungsi sebagai kerangka acuan bagi pemakaian bahasa. Untuk menerapkan pemakaiannya itu, dan kaedah menjadi dasar benar tidaknya pemakaian bahasa itu. Oleh kerana itu, kumpulan unsur bahasa yang disebut kosakata perlu adanya pembakuan yang menyeluruh.

Sebagai contoh bahasa baku:
Lelaki itu seorang yang sangat kaya dan pemurah.
Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan agar dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Kedua-dua contoh di atas dapat dikatakan sebagai bahasa baku kerana ayat tersebut tidak mengandungi unsur-unsur bahasa yang tidak baku seperti dialek, slanga, rojak dan sebagainya. Oleh itu, saya menegaskan bahawa bahasa baku merupakan penyatuan kepada semua bangsa dan kita sebagai penutur aslinya perlulah memartabatkan bahasa Meayu baku agara “ tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”
No comments:
Post a Comment