Berdasarkan situasi di atas bahasa Tempelak yang saya gunakan adalah bahasa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan orang tertentu. Menurut Za’ba, bahasa tempelak disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah keras kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awalnya.
Pagi tadi saya bertengkar dengan sahabat saya walaupun biasa tetapi dia agak marah dengan saya. Bukan niat untuk menyakiti hati dia tetapi sudah lama melihat perangainya begitu sehingga saya mula berasa kurang selesa. Saya menegurnya menggunakan bahasa yang boleh dikatakan sebagai bahasa tempelak. Begini situasinya:
Dia : Aku dah baik dengan Kamal, semalam dia minta maaf dan berjanji tak akan curang lagi.
Aku : Semalam menangis berbaldi-baldi , bukan main bencikan Kamal, berjanji dengan aku tak mahu percaya pada dia lagi. Sekarang kau dah lupa ingatan ke?
Dia : Aku punya pasaal la, aku sayang dia. Cakap dengan kau ni buat sakit hati je!
Aku : Memanglah cakap macam ni, nanti kena tinggal baru teringat kat aku. Moga bahagia sampai esok.
Bahasa tempelak kadang-kadang digunakan oleh masyarakat untuk menyedarkan seseorang supaya tidak melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa, apabila ditegur dengan cara yang lemah lembut mereka kadang-kadang tidak mengambil peduli. Apabila ditegur dengan cara yang kasar seperti ini barulah mereka sedar dan mengambil peduli mengenainya.
No comments:
Post a Comment