Petang tadi selepas kuliah perut terasa sangat lapar. Apa lagi saya memecut dengan lajunya menuju ke sebuah kedai makan di tepi jalan. Seperti biasa menu kegemaran saya nasi goreng ladna dengan jus lobak merah. Sewaktu saya menuggu makanan siap saya terpandang di meja hujung kedai tersebut. Malunya rasa walaupun bukan saya yang memakai baju begitu tetapi bahangnya terasa kepada saya.
Mana tidaknya, baju ketat dan singkat yang dipakai gadis lingkungan 20-an itu telah menonjolkan “lurah” punggungnya. Saya perhatikan di belakangnya ada dua orang pak cik yang sedang menunggu makanan juga. Apa perasaan pak cik tersebut agaknya? Entahlah, ke mana hilangnya rasa malu anak Melayu zaman sekarang. Sudahlah kurang dalam adab bahasanya, kurang lagi dalam adab pemakainnya. Mungkin masyarakat kita tidak tahu, adab bukan hanya sekadar pada bicara kita tetapi turut dijaga pada pemakaian kita.
Dalam kesantunan berpakaian (berbusana, berdandan), ada dua hal yang perlu diperhatikan. Pertama, berpakaianlah yang sopan di tempat umum, iaitu hindarilah pakaian yang dapat merangsang orang lain terutama lawan jenis, seperti pakaian tembus pandang (transparan), menampakkan bahagian badan yang pada umumnya ditutup, dan kain yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi. Kedua, berpakaianlah yang rapi dan sesuai dengan keadaan, iaitu berpakaian rasmi pada acara rasmi, berpakaian santai pada situasi santai, berpakaian renang pada waktu renang dan sebagainya. Sebagai wanita Melayu kita perlu menjaga adab pemakaian kita supaya lebih sopan dan memenuhi norma-norma kita sebagai orang Melayu.
No comments:
Post a Comment