Thursday, 15 March 2012

Entri 9 : SISTEM PANGGILAN

         Dewasa ini, golongan masyarakat sangat mementingkan panggilan terhadap mereka. Sama ada mereka berpangkat atau tidak itu bukan persoalannya. Sekiranya kita silap membahasakan diri mereka dengan panggilan yang salah, tidak mustahil kita akan dimarahi oleh mereka. Kadang-kadang kita menganggap fenomena ini sebagai “kesombongan” mereka yang memiliki pangkat yang tinggi yang meminta kita memanggil mereka dengan gelaran yang setaraf dengan mereka. Tetapi pada hakikatnya, jika difikirkan ianya sesuatu yang wajar kerana pangkat dan darjatlah yang membezakan status seseorang dengan orang lain. Contoh situasi yang pelbagai ragam di bawah saya kongsikan bersama anda :
Situasi 1: Di sekolah.
Pengetua Wanita  :  Kenapa kamu tidak masuk ke kelas lagi?
Pelajar                   :  Maaf cikgu, saya ke tandas tadi.
Pengetua Wanita  :  Saya Pengetua Sekolah! Kamu sepatutnya memanggil saya puan bukan  
                                 cikgu!
Pelajar                   :  Minta maaf Puan Pengetua.

Situasi di atas menunjukkan panggilan yang setaraf dengan jawatan yang disandang oleh Pengetua tersebut memerlukan para pelajar memanggil beliau dengan gelaran Puan.

Situasi 2 : Di perhentian bas.
Pak Cik        :  Adik tumpang tanya bas ke Kuala Kangsar yang mana satu ?
Lelaki muda :  Masa bila pula saya jadi adik pak cik?
Pak Cik        :  Maksud pak cik bukan adik pak cik.
Lelaki muda :  Habis tu kenapa panggil saya adik?

Situasi di atas menunjukkan salah faham diantara pak cik dengan lelaki muda. Hal ini disebabkan panggilan yang diberikan oleh pak cik tidak sesuai. Pak cik boleh memanggil lelaki tersebut dengan panggilan encik, sandara dan gelaran yang sesuai dan tidak menimbulkan salah faham antara mereka.
        
   Berdasarkan kedua-dua situasi di atas jelaslah menunjukkan bahawa kita perlu mengetahui dan menggunakan sistem panggilan atau gelaran yang sesuai ketika bercakap dengan orang lain. Puan, Tuan, Encik, Cik, Doktor, Profesor dan seumpamanya yang layak dengan individu tersebut.

No comments:

Post a Comment