Tuesday, 13 March 2012

Entri 7 : KHIDMAT PESANAN RINGKAS



        


          Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Sekiranya kita lihat berdasarkan makna SMS tersebut, kita dapat mengetahui  bahawa SMS adalah pesanan yang dikirim atau diterima dalam bentuk yang sangat ringkas dan pendek. Tetapi ringkas dan pendek memberi maksud ayat mesej tersebut berbentuk pendek atau perkataan yang digunakan disingkatkan? Setiap hari kita mengirim dan menghantar banyak SMS menggunakan perkataan yang disingkatkan sehinggakan sukar untuk difahami oleh orang lain.
         Secara sedar atau tidak, fenomena ini telah mengakibatkan berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Tidak dinafikan boleh dikatakan hampir 80% pengguna yang menggunakan khidmat SMS menggunakan perkataan yang disingkatkan bagi menjimatkan kos serta mempercepatkan penghantaran maklumat kepada penerima. Tetapi natijahnya bahasa baku telah diracuni oleh bahasa ringkas yang akhirnya terbawa-bawa hingga dalam penulisan karangan dan sebagainya.
        Bagaimana kita mahu mengatasi fenomena ini? Sekiranya masalah ini tidak dibendung tidak mustahil apabila kita menjadi guru suatu hari nanti kita akan melihat karangan para pelajar yang mengandungi perkataan-perkataan singkatan akibat daripada “virus” SMS ini.
Contoh perkataan dalam SMS:
Tw    =    Tahu                   
Lum  =   Belum
Agk  =   Agak
Mlm =   Malam
Uat  =  Buat

No comments:

Post a Comment