Semasa saya membuat pesanan kepada seorang pelayan restoran saya berasa amat tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pelayan tersebut. Mana tidaknya, dengan muka yang masam mencuka dan suara yang kasar dia seolah-olah melepaskan geramnya kepada saya. Bukan itu sahaja, dia turut membahasakan diri saya dengan panggilan “kamu”. Apabila dia memanggil saya sedemikian rupa, saya mendiamkan diri kerana berasa marah dan terus beredar daripada restoran tersebut. Masih teringat kata-kata pelayan tersebut ketika mengambil pesanan daripada saya :
Pelayan : Nak makan apa? Cepat sikit!
Kawan Saya : Beri saya Nasi Goreng Ladna satu.
Pelayan : Kamu?
Saya terus bangun dan beredar dari restoran tersebut.
Sebagai seorang gadis Melayu seharusnya pelayan tersebut memiliki nilai adab dan kesopanan yang tinggi. Dia sepatutnya bermanis muka ketika mengambil pesanan daripada pelanggan dan menggunakan suara dan intonasi yang sesuai agar tidak menyinggung perasaan pelanggannya. Kita seharusnya menitik beratkan budaya komunikasi kita tidak kira di mana kita berada kerana , apabila kita membuat kesalahan budaya, akibatnya adalah serius.
No comments:
Post a Comment