Thursday 29 March 2012

Entri 19 : Ayat Tergantung?

Kedah menjadi
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
PEMAIN import dari Ghana, Hamidan Mohammed membuktikan khidmatnya masih diperlukan Kedah apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan T-Team, 2-1 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam…

          Petikan berita Harian Metro di atas bertarikh 28 Mac 2012,  mengandungi kesalahan ayat yang amat serius. Acap kali  sudah saya  perhatikan fenomena ini dan semakin hari semakin ketara kesalahan yang sama diulangi oleh penulisnya. Bukan isi berita yang ingin saya kongsikan tetapi tajuk berita yang ingin disampaikan. Perasan atau tidak setiap hari kita dihidangkan dengan sajian berita yang sudah menjadi lumrah tajuknya pasti akan tergantung. Di mana subjek dan predikatnya?
           Cuba kita perhatikan tajuk berita dia atas “ KEDAH MENJADI” ? Apa yang terjadi kepada Kedah? Kedah bertukar menjadi apa? Banyak persoalan yang timbul sekiranya kita tidak membaca berita ini secara lengkap. Jika hal ini disokong kerana ianya merupakan gaya penulisan akhbar atau berita  untuk menyampaikan maklumat secara menarik ianya boleh diterima di luar dari bidang Sintaksis. Tetapi jika dilihat dari bidang Sintaksis ayat atau tajuk di atas sama sekali melanggar hukum dalam binaan ayat bahasa Melayu. Ayat yang tidak mempunyai subjek dan predikat tidak dianggap ayat yang lengkap.Sebaliknya ayat tersebut merupakan ayat yang tergantung.  
         Oleh itu, saya berharap agar semua pihak mengambil perhatian dan tindakan yang bijak dalam menangani masalah ini. Jika dibiarkan fenomena ini terus melanda dalam kalangan masyarakat, tidak mustahil kita sendiri yang akan merosakkan bahasa Melayu itu sendiri.
  • Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna.
  • Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
  1. Subjek + Predikat = Ayat
  2. Subjek + Predikat = Ayat Biasa
  3. Predikat + Subjek = Ayat Songsang
  • Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
  • Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
AYAT BIASA
SUBJEK
PREDIKAT
1. Rozaida
pergi ke sekolah.
2. Buku itu
kepunyaan saya.
3. Modul Bahasa Melayu
ditulis oleh Cikgu Azizah.

No comments:

Post a Comment