Pagi tadi saya bersama beberapa orang rakan telah pergi ke sebuah sekolah di kawasan Kalumpang. Setibanya kami di sekolah tersebut, kami telah disambut oleh pengawal keselamatan yang sangat baik dan berbudi bahasa. Kami memohon kebenaran daripada pengawal keselamatan untuk berjumpa dengan pengetua sekolah dan mereka memberikan pas lawatan dan menunjukkan bilik pengetua kepada kami. Setibanya kami di bilik pengetua, kami disambut oleh kerani pejabat dan bertanyakan kepada kami tentang keperluan kami berjumpa dengan pengetua. Kami memeberitahu kepada kerani tersebut yang kami mahu memohon kebenaran untuk melaksanakan pengajaran makro di sekolah tersebut.
Kemudian, kerani tersebut berjumpa dengan pengetua dan keluar semula dan memberitahu bahawa pengetua tidak mahu menerima pelajar untuk membuat pengajaran makro tersebut. Saya berasa kecewa bukan kerana beliau tidak mahu menerima kami, tetapi beliau hanya memberikan jawapan melalui keraninya sahaja. Sepatutnya, pengetua tersebut keluar sebentar dan berjumpa kami sebagai tanda menghormati tetamu dan memberitahu sama ada mahu menerima kami atau tidak. Di sini saya ingin menyatakan sepatutnya, setiap individu tidak kira berpangkat tinggi atau sebagainya, kita harus menghormati tetamu dengan cara berjumpa dengan tetamu tersebut supaya tetamu tersebut tidak berasa tersinggung. Saya selitkan beberapa adab ketika melayan kunjungan tetamu untuk dijadikan panduan kepada masyarakat semua:
Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
- Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
- Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
- Wajib menutup aurat.
- Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
- Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
- Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
- Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang
No comments:
Post a Comment