Wednesday, 28 March 2012

Entri 18 : Utamakan Adab Ketika Berkomunikasi

             Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman bicara. Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi: “Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)”
         Saya memetik pendapat berkaitan definisi kesopanan di atas adalah kerana saya memerhatikan masyarakat sekeliling saya ketika mereka berkomunikasi secara lisan dengan pendengar mereka. Saya dapat melihat kebiasaan mereka yang sudah dijadikan sebagai tabiat iaitu bercakap sambil ketawa dan bercakap sambil membuat benda atau perkara lain. Di sini kita lihat disiplin ketika berkomunikasi dalam kalangan masyarakat mereka telah mengabaikan disiplin tersebut. Saya paparkan beberapa situasi yang menunjukkan ketidaksopanan ketika berkomunikasi :

Situasi 1 :
Maria : Hahahaha…awak cerita ni..hahahaha…lawak la…hahahaha…awak nak dengar…hahahaha…
      Berdasarkan situasi di atas , penutur berkomunikasi secara tidak jelas kerana penutur tidak mampu menahan ketawanya, sehingga menyebabkan apa yang hendak disampaikan tidak difahami oleh pendegar. Hal ini boleh menyebabkan pendengar berasa bosan dan berasa dipermainkan dan akhirnya menyebabkan timbulnya rasa tersinggung dalam diri pendengar.

Situasi 2
Harith : Petang ni kita ( mengangkat kotak ke dalam lori) …jumpa dengan ( membasuh tangan )…kawan lama aku ( menaip mesej )…
       Berdasarkan situasi di atas, penutur tidak menumpukan kepada percakapan dan pendengarnya, sebaliknya menenggelamkan perbicaraannya dengan melakukan tugasan lain sambil bercakap. Situasi ini akan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan oleh penutur tidak sampai secara berkesan kepada pendengarnya.
      Saya selitkan adab-adab ketika berkomunikasi sebagai penduan kepada kita semua agar maklumat yang hendak disampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh pendengar:
1. Memilih Perkataan Yang Baik Dan Tepat.
2. Bercakaplah Dengan Tenang, Jangan Tergopoh Gapah dan tidak melakukan perkara lain Supaya Senang Difahami.
3. Bercakaplah dengan seseorang mengikut kadar kefahaman dan kemampuan akal fikirannya.
4. Jauhi daripada Bercakap Kosong Atau Maksiat.
5.Berilah Penghormatan Kepada Orang Yang Lebih Mulia Untuk Bercakap Seperti Ulama, Guru, Orang Tua Dan Seumpamanya.
6. Jangan Mencelah Atau Memotong Percakapan Orang Yang Sedang Bercakap.
7. Jangan Menegur Percakapan Orang Lain dengan Tujuan Menghina Atau Mengaibkannya.
8. Rendahkan Suara Ketika Bercakap.
9. Bercakaplah Denga Muka Yang Manis.
10. Meminta Maaf Ketika Tersasul Atau Tersalah Cakap.
11. Elakkan Bergurau Secara Berlebihan.

                                                          


No comments:

Post a Comment