Baru-baru
ini saya ada menonton filem Melayu genre seram yang bertajuk “Aweks Aku Pontianak”. Ramai pelakon
terkenal membintangi filem tersebut dan jalan cerita yang dipaparkan sangat
menarik dan tidak membosankan. Filem tersebut mengisahkan kehidupan seorang
lelaki yang sangat baik dan sering ditindas oleh kawan-kawannya. Disebabkan
dirinya yang sering ditindas, beliau tidak mampu untuk menjawat jawatan yang
lebih baik di tempat dia bekerja sehingga menyebabkan teman wanitanya
meninggalkan dia.
Kemudian dia berpindah di perumahan berpuaka
dan mengenali seorang wanita dan bercinta dengan wanita tersebut. Wanita itu
sangat baik dan menyayangi dia dengan sepenuh hati. Sewaktu mereka sudah mula
serius dan mahu berkahwin, lelaki tersebut mendapat tahu orang yang dicintainya
itu adalah seorang Pontianak. Tetapi disebabkan cinta mereka itu terlalu kuat,
akhirnya teman wanita dia telah menjadi manusia biasa.
Sebenarnya,
sepanjang menonton filem ini saya keliru dengan seni kata yang dipaparkan. Hal
ini kerana pihak yang bertanggungjawab menyediakan seni kata tersebut adalah
orang Islam atau bukan. Saya tunjukkan seni kata yang membuatkan saya keliru
iaitu ketika menjawab salam.
Pelakon A : Assalamualaikum
Pelakon B : Mualaikumsalam
Saya
telah mendengar dengan teliti Pelakon B menjawab salam dan ternyata dia
menjawab dengan betul iaitu “ Wa’alaikummussalam”. Jadi kesilapan ini berlaku
bukan disebabkan oleh artis tersebut, tetapi disebabkan oleh kecuaian pihak
yang menyediakan seni kata tersebut. Oleh itu, saya berharap pihak yang
berkaitan lebih berhati-hati apabila menulis perkataan-perkataan yang berkaitan
dengan orang Islam seperti di atas. Hal ini kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang
Islam itu sendiri umumnya dan kepada kanak-kanak dan golongan remaja khususnya.
No comments:
Post a Comment