Dengar
sahaja mereka bercakap orang kampung sudah tahu itulah anak-anak Pak Ayob. Muka
mereka adik-beradik tidaklah seiras dengan ayah dan ibu mereka. Jika dilihat
daripada paras rupa memang saya tidak tahu bahawa mereka adalah anak Pak Ayob.
Tetapi
jika didengar dari segi percakapan mereka saya dapat mengenal mereka adalah
anak Pak Ayob. Hal ini kerana daripada ayah, ibu dan anak-anaknya mereka
mempunyai gaya dan intonasi bercakap yang serupa seperti :
i.
Gagap.
ii.
Bercakap
satu perkataaan-satu perkataan.
iii.
Menggunakan
huruf e-pepet di setiap kata yang mengandungi huruf "A”.
iv.
Intonasi
mendatar ketika bercakap.
v.
Seakan-akan
berbunyi pelat ketika bercakap huruf “S”
Kelima-lima
elemen di atas menjadi gaya dalam pertuturan keluarga Pak Ayob. Saya berasa
pelik kerana kenapa berlaku hal demikian. Sedangkan saya dan adik-beradik saya
tidak bercakap seperti ayah dan ibu saya. Begitu juga dengan kawan-kawan saya
yang lain dan kami menganggap keluarga Pak Ayob sangat unik.
Perkara
di atas mungkin berlaku kerana mereka kurang bercampur dengan orang luar. Saya
mengenali keluarga Pak Ayob sejak dari kecil lagi dan saya mendapati mereka lebih suka
menghabiskan masa bersama ahli keluarga mereka sahaja dan kurang bercampur
dengan orang kampung.Hal inilah yang menjadikan percakapan mereka satu keluarga
sama kerana mereka bertutur berdasarkan apa yang mereka dengar daripada ayah
dan ibu mereka.
No comments:
Post a Comment