Mengapa tidak tahu menggunakan intonasi yang sesuai ketika bercakap? Inilah persoalan yang timbul ketika pembentangan yang berlangsung di dalam dewan kuliah pada petang tadi. Saya terpinga-pinga apabila salah seorang daripada ahli pembentang mengajukan soalan kepada saya. Hal ini kerana, dia menggunakan intonasi yang mendatar menyebabkan saya menyangkakan dia menerangkan sesuatu kepada saya. Entah di mana silapnya saya sendiri tidak tahu.
Kali ini saya akan membicarakan tentang intonasi dalam bahasa Melayu agar dapat dijadikan rujukan kepada rakan-rakan semua. Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasaMelayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalikatau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayudapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah danangka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada3 merupakan nada tekanan.
Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:
i.Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, sepertikegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban,kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
ii.Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasaterhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupapertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
iii.Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baruberbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaraniaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.
iv.Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naikbagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yangmembezakan satu berita dengan berita yang lain.
v.Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unitujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yangpanjang atau ungkapan dalam ucapan.
vi.Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantumengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial ataupekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.
Oleh demikian, kita perlulah menggunakan intonasi yang sesuai ketika berbicara agar maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami oleh pendengar kita.
No comments:
Post a Comment