Sembang petang bersama sepupu saya seorang lelaki, berumur 24 tahun menarik saya untuk memerhatikan ujarannya dalam satu istilah yang sudah menjadi kebiasaan baginya.Tetapi bagi saya istilah yang digunakan tidak tepat walaupun dianggap tiada kesalahan yang dilakukan. Boleh dikatakan dia masih keliru dalam menggunakan perkataan atau istilah yang tepat bagi sesuatu benda atau perkara. Contoh yang saya kemukakan ini sering meniti bibirnya setiap kali mahu mendirikan solat atau ketika mahu ke masjid. Topi, ketayap dan songkok adalah tiga benda yang sama kegunaannya, tetapi objek ini berbeza bentuk dan konsepnya.
Menurut Awang Mohd Amin (1978) kesalahan bahasa dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu kesalahan bahasa yang lazimnya disebut sebagai error atau lapse. Kesalahan jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor extralinguistik, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan oleh terlalu banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, gangguan emosi, kelalaian semasa proses penerimaan dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan.
Lebih jelas ialah penutur jati menerbitkan sesuatu konsep yang tidak sesuai untuk menyatakan sesuatu benda. Malah penutur jati juga membuat kesilapan apabila memilih dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai dengan pendengarannya. Misalnya, topi, kenyataan Corder ini disokong oleh Webber (1981) yang mendapati bahawa kesilapan bahasa boleh berlaku apabila penggunaannya keliru atau tidak mampu memahami akan penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.Kesilapan bahasa seperti kenyataan di atas sering didapati pada kebanyakan orang Melayu melalui pertuturan biasa dengan meninggalkan imbuhan-imbuhan tertentu, membentuk ayat-ayat yang tidak sempurna dan sebagainya.
Keadaan ini sering juga mempengaruhi bahasa tulisan yang mereka gunakan. Menurut Awang Sariyan (1980:3) masih terdapat banyak kesilapan bahasa Melayu pada peringkat tulisan, daripada kesalahan ejaan hinggalah kepada kesilapan morfologi dan sintaksis. Awing Sariyan (1979:9) telah mengenal pasti beberapa punca utama kemerosotan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa, antaranya ialah faktor gangguan dialek. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Lado (disebut oleh Farid M.Onn, 1983:15) bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mengenai sesuatu aspek bahasa kedua akibat gangguan daripada kebiasaan menggunakan unsur-unsur bahasa pertama.
No comments:
Post a Comment