Pening-pening apabila kita mendengar arahan dalam dialek ketika sesi pengajaran. Apatah lagi pelajar-pelajar sekolah menengah yang tidak bercampur dengan rakan-rakan yang menggunakan dialek yang sangat asing daripada mereka. Jika pelajar yang menggunakan dialek itu, tidaklah mendatangkan masalah, tetapi apabila guru yang menggunakan dialek ketika sesi pengajaran ini akan memberikan masalah kepada para pelajarnya. Apa salahnya jika guru tersebut bertutur menggunakan bahasa baku, alangkah lebih baiknya ia dijadikan sebagai amalan kerana guru berbicara untuk menyampaikan ilmu, jadi bahasa baku merupakan bahasa yang paling tepat untuk menyampaikan ilmu supaya para pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan sempurna.
Dialek ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di Negara ini ( Nik Safiah Karim.et.al, 2009:35). Saya teringat situasi yang dialami adik saya ketika seorang guru daripada Kelantan baru dipindahkan ke sekolah mereka. Hari pertama pengajaran guru tersebut telah mengajar pelajarnya tentang karangan masalah Sosial yang Melanda Remaja Hari Ini. Tetapi semua pelajar terpinga-pinga setelah guru tersebut memberikan arahan tentang tajuk karangan kepada pelajar. Mengapa? Ini puncanya:
'Ari ni kito ake belaja pasal karange yang bertajuk masaloh sosial dale kalange remajo.. apo pendapat kamu semuo tente masaloh sosial yang melando remajo pado ari ni?'
Sekiranya situasi ini terus melanda di sekolah tersebut, apa akan terjadi kepada pelajar yang terpaksa menghadapinya setiap hari? Masih adakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar? Seharusnya, sebagai seorang guru, kita perlu menyesuaikan bahasa yang digunakan, mungkin dialek dianggap sebagai santai. Tetapi dalam situasi formal alangkah eloknya jika kita menggunakan bahasa baku sebagai wahana untuk menyampaikan ilmu.
Awing Sariyan (1979:9) telah mengenal pasti beberapa punca utama kemerosotan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa, antaranya ialah faktor gangguan dialek. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Lado (disebut oleh Farid M.Onn, 1983:15) bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mengenai sesuatu aspek bahasa kedua akibat gangguan daripada kebiasaan menggunakan unsur-unsur bahasa pertama.
Kenyataan Lado, disokong oleh beberapa pengkaji seperti Leopold (19480, Politzer (1965), Farid dan Ajid (1981), Kadir Amin (1981) dan Raminah Sabran (1983) yang mengatakan bahawa gangguan bahasa pertama ke atas bahasa kedua sememangnya berlaku dan kemungkinannya adalah besar sekali. Jadi sama-sama kita fikir langkah terbaik untuk meluputkan budaya menggunakan dialek dalam sesi pengajaran di sekolah.
Kenyataan Lado, disokong oleh beberapa pengkaji seperti Leopold (19480, Politzer (1965), Farid dan Ajid (1981), Kadir Amin (1981) dan Raminah Sabran (1983) yang mengatakan bahawa gangguan bahasa pertama ke atas bahasa kedua sememangnya berlaku dan kemungkinannya adalah besar sekali. Jadi sama-sama kita fikir langkah terbaik untuk meluputkan budaya menggunakan dialek dalam sesi pengajaran di sekolah.
No comments:
Post a Comment